Pages

Sunday, May 16, 2010

KENANGANKU TERABADI

Bulan Mei tahun lalu hinggalah Mei tahun ni,genaplah usia perkenalan kami selama setahun. setahun seolah-olah sedikit untuk dikira, tapi 12 bulan cukup lama untuk kami lalui bersama. kenangan pahit, manis, gelak tawanya masih segar dalam kotak ingatan sy. dah agak lama tak jiwang macam ni. tak tahu la kenapa rajin sangat hari ni nak menulis penuh2. mungkin sebab dah biasa dengan keje2 menaip kat opis, hehe. disebabkan keje jugak masa nak menerjah ke ruang maya ni sedikit terbantut. bukan penat tapi malas nak daftar masuk mana2 page dah. mukabuka pun dah lama x jenguk, niat nak intai kat opis je,tapi malas juga yang datang. sehari dua ni agak berserabut kepala, keje kat opis pun makin banyak, nak tolong dorang takut makin serabut kan kepala dorang lak. tapi tolong la jugak mana2 yang mampu. tambah lagi dengan keadaan hati & perasaan yang tak berapa nak menentu ni. ntah laa, susah nak luahkan kali ni. tapi apa yang pasti hati rasa cukup sedih, kecewa, marah, terharu, kasihan, senang cite semua lengkap. pakej!

berbalik kepada isu utama, PERKENALAN kami cukup moden, perkenalan di alam maya membawa sy kepada penemuan seorang sahabat baik. dialah tempat segala2 nya untuk sy bercerita, baik buruk cerita tu tak pernah dia pilih. tapi betul kata pepatah orang tua2, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak sahabat baik. tapi betul jugak kata orang tua2, jodoh pertemuan ni semua nya di tangan ALLAH. ada yang diberi usia jodohnya panjang hingga ke akhir hayat mereka, ada juga yang usia jodoh mereka pendek tapi DIA masih memberikan kebahagiaan kepada mereka sebelum berpisah.

usia kami mungkin untuk setahun, tapi dalam masa setahun ni juga sy belajar erti kawan sejati, erti susah dan senang bersamanya. tak akan pernah cukup untuk sy memberikan penghargaan kepada dia. SAHABAT, TERIMA KASIH YANG TERAMAT KERANA SUDI HADIR DALAM HIDUP INI WALAU UNTUK SEKELIP MATA...TERIMA KASIH.=)




ALYAH-TAK MUNGKIN KERNA SAYANG

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

No comments:

Post a Comment