Pages

Saturday, June 5, 2010

kasihku buatmu

tempat: sebuah rumah teres dua tingkat
acara: menonton cerita alvin & the chipmunk
penonton: atuk & nenek bersama cucu2 mereka

sedang seronok melihat dua generasi dapat berkumpul bersama, menghabiskan masa bersama,ketawa gelak bersama2,teringat aku kepada nenda di kampung...terimbaslah kembali saat kami sekeluarga sedang berseronok seperti itu menonton cerita kegemaran kami semua...cuma berbeza..kanak2 ini masih mempunyai nenek dan datuk sedangkan aku cuma punya nenek...tapi mungkin nasib aku lebih beruntung kerana aku punya nenek yang masih lagi sehat sedangkan nenek mereka terlantar sakit..walaupun kelihatan nenek itu masih mampu ketawa disamping suami tercinta(atuk) dan cucu2nya,tapi kesakitan yang ditanggung memang tak dapat untuk diluahkan dengan kata2...gelak ketawa dan senda gurau kadang kala mengundang teguran kecil dari atuk...

atuk: perlahan sikit suara tu,nenek nk rehat nie...
cucu2: ok atuk..(dan dengan segera menghormati pesan si tua)

atuk turut ketawa disaat melihat gelagat si alvin disertakan dengan hilai tawa dari kanak2...
nenek turut terikut2 dengan kelatah mereka..turut sama tergelak...
damai sungguh rasa suasana seperti itu...tiba2 aku tersenyum sendiri ketika melihat kan keadaan itu...bahagia sungguh mereka...semoga mereka sentiasa akan berbahagi seperti itu...

lama kaca mata aku terlekat di kaca mata televisyen, tiba2 aku terdengar satu suara kecil dari sudut mengaduh kesakitan...bunyi nya amat perlahan untuk kanak2 mendengarkan nya, tapi suara itu sudah cukup membuatkan mataku tepat memandang ke arah suara itu...

nenek: aduh,lenguh la tangan ni...(sambil menunjuk kan tangannya kepada atuk)

tanpa bersuara, atuk memegang tangan nenek dan pantas mengurut perlahan2...tanpa sepatah kata dan mata atuk terus lari dari memandang televisyen...mata aku terpaku melihat kan keadaan itu...atuk terus tekun mengurut tangan nenek...urut..urut..dan urut...

nenek: cukup la dulu,dah ok dah sikit...tapi rasa nak bangun...

sekali lagi,tanpa sebarang keluhan, atuk memangku nenek dan berusaha membangunkan nenek...tidak terkeluar sepatah pun kata dari mulut si tua walaupun jelas agak sukar untuk dirinya sendiri menampung berat nenek...tapi atuk gigih dan akhir nya nenek dibangunkan dari tempat rehatnya...mata atuk tidak lagi menoleh ke arah lain selain dari terus memandang isteri nya..satu senyuman ikhlas dari si isteri buat suami tercinta kerana telah membantu diri nya...

hati aku tersentuh melihat kan keadaan itu...nenek bukan lah sakit biasa...sebelah kakinya telah dipotong...sebelah lagi hampir2 hilang fungsinya...sakit nenek bukan sehari dua...malah telah lama nenek alami...bermakna atuk juga sudah sekian lama menemani nenek...bermakna juga, apa yang aku lihat tadi mungkin pertama kali aku lihat tapi aku percaya hal itu selalu terjadi...atuk melakukan perkara yang sama kepada nenek...saban hari dan waktu....tak pernah rasa jemu dan tak pernah mengeluh...

kasihya atuk kepada nenek tak pernah berubah walaupun keadaan nenek tidak seperti dahulu lagi...selama ini aku tertanya masih adakah lelaki seperti atuk ini...tidak akan meninggalkan pasangan sehidup sematinya walau apa jua dugaan berlaku...kasihnya atuk kepada nenek tidak pernah berubah walaupun zahir nenek tidak seperti nenek di zaman muda remaja dahulu...

alangkah bahagianya nenek kerana mempunyai seorang lelaki yang cukup budiman...sanggup bersenang dan bersusah bersama...apa masih ada lagikah lelaki seperti atuk untuk menemani aku, bersama aku, di samping aku setiap masa, senang dan susah bersama...layakkah aku untuk memiliki seorang lelaki sebudiman atuk..adakah aku akan sama seperti atuk...bersama insan yang aku sayang setiap masa tidak melihat kepada zahirnya sahaja?adakah aku setabah dan sesabar atuk?

semuanya menjadi persoalan kepada aku...mataku terus melihat ke kaca tv, tapi hanya untuk menatap nya sahaja...ceritanya entah ke mana....perjalanan pulangku penuh dengan tanda tanya...aku mengharapkan insan seperti atuk untuk sehidup denganku tapi apakah aku mampu untuk menjadi seperti atuk?aku memohon agar Allah memudahkan jodohku dan menyenangkan hidup kelak...aku mendoakan agar nenek segera sembuh dan aku akan mendoakan kebahagian atuk dan nenek hingga ke akhir hayat mereka...amin...

No comments:

Post a Comment